Auto

Bahaya Garisan Putih Jalan Raya Kepada Penunggang Motosikal

Penunggang motosikal dinasihatkan berhati-hati ketika menunggang di atas garisan putih (road marking) bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.


Malah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM turut menasihatkan pengguna motosikal agar mengelakkan daripada melalui atas garisan putih jika boleh.

Fungsi Garisan Putih Jalan Raya

auto, autos, car, cars, bahaya garisan putih jalan raya kepada penunggang motosikal

Garisan jalan (road marking) merupakan tanda yang diturap pada permukaan jalan raya untuk memberi panduan, amaran dan maklumat kepada pengguna jalan raya. Garisan putih jalan ini juga berfungsi untuk mengawal dan memastikan aliran trafik teratur dan lancar.

Garisan putih jalan raya ini terdiri daripada:

  • Garisan memanjang dan melintang
  • Penanda jalan (simbol)
  • Anak panah
  • Perkataan

Kenapa Garisan Putih Jalan Raya Berbahaya Kepada Penunggang Motosikal?

Permukaan Tidak Rata

auto, autos, car, cars, bahaya garisan putih jalan raya kepada penunggang motosikal

Garisan putih yang diturap di jalan raya bersifat tebal dan timbul. Keadaan ini membuatkan motosikal boleh hilang imbangan sekiranya penunggang motosikal bergerak dalam keadaan laju. Antara garisan yang perlu diberi perhatian adalah garisan putih Chevron.

Permukaan Licin

auto, autos, car, cars, bahaya garisan putih jalan raya kepada penunggang motosikal

Disebabkan garisan ini timbul, permukaan garisan ini tidak sama seperti permukaan jalan raya di mana ia lebih licin lebih-lebih lagi apabila cuaca hujan.

Tampalan Garisan Jalan Sementara

auto, autos, car, cars, bahaya garisan putih jalan raya kepada penunggang motosikal

Ketika kerja-kerja pembinaan dilakukan dan jalan terpaksa dikecilkan, garisan jalan sementara akan dibentuk. Namun setelah jalan kembali dibuka, kebanyakan garisan sementara ini akan ditampal dengan cat hitam sebelum garisan putih baharu dibentuk jika jalan tidak diturap semula. Ini membuatkan permukaan jalan bertambah teruk.

Tidak Mesra Tayar Botak

auto, autos, car, cars, bahaya garisan putih jalan raya kepada penunggang motosikal

Faktor tayar juga memainkan peranan untuk memastikan motosikal tidak mudah tergelincir ketika melalui permukaan jalan yang basah. Pastikan tayar motosikal tidak botak untuk memberikan grip yang lebih kuat.

Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, penunggang motosikal dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada berjalan di atas garisan putih. Berhati-hati di jalan raya!

Breaking thailand news, thai news, thailand news Verified News Story Network